By: BRO ROZZAN

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Monday, 18-Feb-2008 23:00 Email | Share | | Bookmark
KEK LAPIS SERI BALAS

Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Datang Ke Fotopage saya. Sebenarnya, ini hanya percubaan saya utk menggunakan Fotopages. Dan mungkin juga FP ini tidak akan terhad kepada isu-isu resipi ataupun info tentang makanan saja. Whatever the case is, hopefully, ia akan dapat menjalin ukhuwah dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita, Insya'allah. So for today's entry, its KEK LAPIS SERI BALAS.

Saya selalu tertarik dgn kecantikan Kek Lapis samada yg biasa atau pun jenis Kek Lapis Sarawak. Saya tabik mereka yg sungguh-sungguh mempunyai masa, kesabaran dan kemahiran dalam bidang ini. Namun demikian, pembikinan Kek Lapis Sarawak ini memerlukan alat-alat khas seperti pemotong yg pelbagai saiz. Ini memudahkan lagi kerja2 utk menghasilkan Kek Lapis Sarawak yg cantik lagi menarik!

Bagi diri saya, membuat Kek Lapis Sarawak adalah sesuatu pengalaman yg baru dan tahap kemahiran saya masih di... bawah tuhhh. Belum master pun teknik2 yg diperlukan. Tapi, saya suka mencuba utk mendapatkan pengalaman yg berharga. Saya berkesempatan membuat Kek Lapis Seri Balas semalam. Resipinya, saya ciluk dari Forum Cari dan penyumbangnya ialah kak Pah Sherry di lelaman ini http://wwwkakpahsherry.blogspot.com/search/label/Kek%20Lapis%20Sarawak. Dan kalau tak silap, resipi tersebut bersumber dari Puan Rabiah Amit. Anyway, mekasih ya Kak Pah!

Utk membakar Kek Lapis ini memerlukan banyak masa dan leceh gak kerana kekurangan alat yg diperlukan. Namun saya tetap mencuba dgn apa jua peralatan yg saya ada. Akhirnya, jadilah jugak sebiki kek yg saya rasa OK gaklah, walaupun tak secantik mana.

Saya catitkan resipinya di sini dan juga beberapa foto yg sempat saya abadikan. Saya telah membuat kira-kira 70% daripada sukatan asal resipinya. Jadi, resipi yg saya beri di sini telah diubahsuai accordingly. Saya juga dah lawan tokeh resipi kerana tidak mengikut susunan warna yg ditetapkan. Sebaliknya, saya bubuh jer pewarna yg saya suka.

Akhir sekali, jangan tergelak yer setelah melihat foto kek ini k! Ini percubaan pertama saya dan saya masih lagi banyak menimba ilmu utk menghasilkan kek lapis yg lebih bermutu. Kita semua belajar dari kesilpan dan cuba memperbaikinya di masa akan datang.




Bahan A:
7 biji telur (ambil 3 biji putihnya)
120 gm gula kastor
150 gm tepung hong kong
¾ sudu makan ovalet
35 ml air sejuk

Bahan B:
225 gm mentega
3 sudu makan susu pekat manis
160 gm sekaya
1 sudu teh esen vanilla

Jem (sebarang perisa) utk melekatkan kek

Cara Membuat Inti Kek:
Pukul semua Bahan A dengan kelajuan tinggi hingga pekat (kira-kira 6-8 min). Pukul Bahan B hingga putih/kembang. Satukan kedua-dua Bahan A & Bahan B. Gaul hingga rata. Adunan ini cukup utk memberikan anda 8-9 lapisan (dgn 1 lapisan menggunakan 2 senduk besar). Bubuhlah pewarna yg anda sukai.



Dengan menggunakan acuan 8"x8"x2", bakarlah inti kek ini selapis-selapis dgn warna yg anda telah pilih dgn suhu lebih kurang 180 darjah Celsius sehingga selesai semua lapisan tersebut. Kemudian sejukkan dulu sebelum anda memotongnya dalam bentuk segitiga mengikut ketinggian kek tersebut.

Cara Membuat Lapisan Atas & Bawah:
Adun satu lagi Bahan A & B. Kali ini bahagikan kepada 2 bahagian dgn warna asal. Bakar lapisan kek (bahagian bawah) sebanyak 5-6 lapisan (satu lapis abt 2 senduk). Kemudian bubuh Inti Kek yg telah anda potong tiga-segi dan susun tadi di atas lapisan bawah kek dgn menggunakan jem. Seterusnya, bakar lapisan atas kek bermula dari permukaan inti kek tadi, sebanyak 5-6 lapisan lagi. Guna acuan 7½" x 7½" x 3". Kepanasan suhunya juga sama seperti tadi, iaitu 180C.





Nota Dari Saya:
1) Gunakan jem yg cerah warnanya seperti peach, orange atau apricot. My mistake was, I used raspberry jem yg gelap warnanya (bukan apa- sbb nk clear stock). Tu pasal bila dipotong, kek saya kelihatan comot!!

2) Saiz acuan/loyang membakar Inti Kek mestilah besar sedikit daripada loyang membakar lapisan atas dan bawah kek kerana selepas inti kek siap dibakar; bila sejuk, ianya akan mengecut sedikit dan just nice utk dimuatkan dalam loyang lapisan atas/bawah yg kecil sedikit.




Friday, 15-Feb-2008 07:00 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
View all 7 photos...


KARIPAP/EPOK-EPOK SARDIN

Kulitnya
400 gm tepung gandum
2 sudu makan majerin planta
40 ml minyak masak .......(majerin dicairkan & campur dgn minyak masak)
150 ml air hangat
½ sudu kecil garam (campurkan pada air hangat)

Cara:
Masukkan tepung ke dalam sebuah mangkuk besar. Tuang kedua minyak & majerin tadi ke dalam tepung dan gaul rata. Setelah itu, masukkan air sedikit, sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam. Buatlah bebola-bebola mengikut saiz yg anda perlukan. Kemudian canai, bubuh inti dan kelim kemas-kemas. Goreng dgn kaedah terendam (deep frying) dgn api yg sederhana. Angkat dan toskan atas kertas serviette.

Inti Sardin
1 tin sardin (kalau nak sedap, gunakan Ayam Brand)
3 biji bawang besar (hiris)
2 sudu makan cili kering kisar
1 batang cili merah (hiris)
1 batang cili hijau (hiris)
½ sudu teh gula
secubit garam
jus dari ½ biji limau kasturi
2-3 sudu makan minyak utk menumis

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis separuh dari bawang hiris. Masukkan cili kisar dan kacau lagi hingga garing. Masukkan pula sardin dgn sedikit jer sos tomatonya, lebihan bawang hiris tadi dan juga cili hijau dan merah. Kacau rata tapi pastikan ikan jgn terlalu hancur/lumat. Biarkan kasar-kasar sedikit. Akhir sekali, masukkan garam, gula dan jus limau kasturi. Gaul rata dan angkat dari api.

Inti Telur
1 biji telur
1 biji bawang besar
sedikit hirisan cili merah & cili hijau
secubit garam & serbuk lada putih.
(Kacau semua bahan2 di atas)

Cara Membuat Epok-Epok Telur
Ambil satu bebola adunan yg besar dan canai leper membulat. Buat lagi utk bebola yg kedua. Ambil satu piring yg agak mungkum (gunakan saiz yg sama dgn lebar adunan yg telah dicanai tadi). Ambil satu adunan kulit epok-epok yg telah dicanai tadi dan taruk atas piring yg digunakan. Bubuh inti telur yg telah disiapkan. Ambil adunan kulit epok-epok yg kedua dan tutupkan dgn teliti ke atas inti telur tadi. Cantumkan kedua-dua kulit epok-epok itu dgn kemas dan kelimlah sekelilingnya. Goreng dgn minyak yg banyak. Setelah nasak, angkat dan toskan.


Bro Rozzan speaks...

husinzainudin > Thanks fr ur warm welcome! Terima kasih sekali lagi krn sudi jenguk kat my blog. Harap2 anda dapat timba sesuatu yer!

mamasya > TQ mamasya. Semoga makin meriah keluarga FPs ni eh! Mekasih sudi melawat ke dapur saya yg kekadang tu 'tak berasap' gak heheh..

MamaFaMi > Alamak mama, actually terkejut jugak bila I bukak my FP yg baru berusia 1 hari ni. Ingatkan nak kemaskini apa2 yg perlu. Sbb kat FP ni, kira kita ni masih setahun jagung lagi arr.. Anyway, TQ for welcoming me into the world of FPs. Hope I learn something new. Abt this karipap, kat Spore ni kita selalu panggil Karipap jer atau Karipap Bhai (Benggali). I guess waktu dulu2, penjualnya ramai terdiri dari kaum Benggali Muslim.

MaDiHa > Thanks MaDiHa. Oh iyer ke you selalu pi 'rumah' I yg lagi satu tu? Mekasihlah, sudi jenguk2 eh. Harapan saya, MaDiHa dapat manfaatkan sesuatu darinya yaa.


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net